Sunday, February 12, 2012

Prolog PSMS

Bila masuk sahaja ke dalam jalan ke rumahnya, Mak Su Syidah sudah kenal kereta Ranger yang di letakkan di hadapan  hadapan rumahnya itu.  Cuma kali ini tuan punya Ranger tersebut tahu sikit adabnya.  Dia letakkkan kereta  di tepi dan bulan di tengah-tengah sehinggakan Mak Su tidak boleh masuk ke dalam rumahnya sendiri.  Angin satu badan dibuatnya sehingga Mak Su geram dengan Pak Su sampai tidak boleh tengok wajah Pak SU.  Benci sangat dengan Pak Su.  Lagipun dia ingat Pak SU yang hendak kawin dengan AIn Safiah.  Sampai berbakul-bakul dia kutuk  lelaki yang hendakkan Ain Safiah sebab dia ingatkan, dia itu Pak SU.  Nasib baiklah Ain Safiah jadi Menantu  Datin Izzah.  Kalau tidak kenalah Mak Su Syidah berjumpa lagi dengan lelaki itu.  Mak Su berharap dia tidak akan  tengok muka lelaki itu lagi selepas ini.

Tetapi nampaknya harapan Mak Su tidak kesampaian.  Hari ini kereta Pak Su sudah ada di rumahnya.  Mak Su jeling cermin keretanya, Pak Su sedang bersandar di Rangernya, memeluk tubuh sambil memandang ke arah kereta Mak Su.  Berdebar pulak rasa jantung Mak SU.  Kenapa Pak Su datang ke rumahnya.  Hari ini dia tidak boleh masuk ke dalam rumah, kena tunggu di luar sehingga Mak SU balik pejabat kerana tidak ada orang dalam rumah mak Su.  Opah ada di rumah Puan Sri Syahirah.  Saat-saat begini dia hendak menghabiskan masa dengan Ain Safiah.  Mak Su juga akan balik kampung hujung minggu nanti.  Mak Su mengeluh. Dia hendak rehat pada hujung minggu pun susah, kena balik kampung kerana hal Ain Safiah.

Mak SU Syidah keluar dari keretanya lambat-lambat, malas hendak tengok muka Pak Su.  Apa pasal pulak dia datang ke rumah Mak Su petang-petang begini.  Nampak macam ada hal penting.  Kalau pasal dia hendak marah Mak SU Syidah sebab terlupa beritahu Puan Syahirah tentang kedatangan rombongan mereka hari itu, kenapa sudah lebih duabulan  peristiwa itu berlaku, baru hari ini Pak Su datang ke situ.  Mesti dia datang marah awal-awal lagi.  Tetapi bukan dia yang  datang merisik Ain Safiah.  Lelaki lain yang nama Amar haziq.  Mak Su pun belum pernah jumpa siapa lelaki yang suka dengan Ain Safiah.  Tetapi dia dapat agak yang Ain Safiah suka dengan lelaki tersebut. Tetapi kenapa agaknya Ain Safiah tolak lelaki itu.  Takkan sebab apa yang Mak Su cakapkan?  “Tak mungkinlah!”

Pak Su terus berjalan ke arah Mak Su. Dia nampaknya macam sudah tidak sabar menunggu Mak Su.  Agaknya sudah lama dia tunggu mak Su.  kalau Ikutkan pegawai kerajaan yang lain mereka habis pejabat pukul 5 petang berduyun-duyun mereka pulang. Ini mesti pegawai contoh. Sudah 6.30 petang pun belum balik rumah lagi.

Bila berhadapan dengan Mak Su, Pak Su terus serang.  Dia memang marah sangata dengan Mak SU Syidah.  Sebelum ini dia biara sahaja perempuan itu serang-serang dia sesuka hatinya.  Sebab dai tidak perduli dengan perempuan itu.  Dia hendak buat perangai ke, hendak tunjuk garang sangat ke, hendak buat apa ke?  Lantaklah.

"Ada aku kisah!"  Pak SU bukan ada apa-apa dengan Perempuan itu.  Dia tidak berkenan dengan perempuan macam ni, macam hendak yang dia tu lebih superior dari kaum lelaki.  Pak SU memang menjauhkan dirinya dari perempuan sebegini.   Tetapi hari ini Pak Su bengang dengan Mak Su Syidah.  Perempuan ini sudah melampau.  Pak Su tidak boleh lepaskan dia begitu sahaja.



"Apa masalah awak hah?"  Sergah Pak Su Zul dan dia hampir dengan Mak SU, matanya di jegilkannya.



"Apa ni?  Apa ni?"  Soal Mak SU Syidah.  Dia terkejut bila Pak SU datang serang dia begitu rupa.  Selalunya dia yang marah-marah dengan orang lain. Tidak ada sesiapa yang berani marah dengan MAK su Syidah.  Boss dia sendiri seorang lelaki pun tidak berani tegur Mak Su, walaupun dia banyak dapat aduan tentang kegarangan mak SU.  Mak SU tahu boss dia Encik Zainal takut hendak tegur dia, sebab itu dia berani sangat dengan hendak marah sesiapa sahaja yang dia suka.   Tetapi petang ini melihat kemarahan lelaki ini Mak Su Syidah pertama kali mak. Su Syidah jadi kecut perut. 



"Apa ni! Apa ni!   Buat-buat tak tahu pulak?"  Tuduh Pak SU Zul lagi.

"Awak ni kenapa?" Soal Mak Su Syidah.  Sambil itu dia pandang sekeliling.  Malau juga dia kalau jiran-jiran dengar dia kena marah oleh lelaki ini.

"Apa yang awak cakap dengan Ain sampai dia tolak Amar Haziq?  Kenapa awak hasut AIn sampai dia tidak mahu terima Haziq?"  Tuduh Pak SU Zul.

Melihat wajah Mak SU Syidah yang serta merta menjadi pucat lesi,  Pak Su tahu dia betul.

"Ah..ah..."

"Awak kenal ke dengan Haziq?  Awak pernah kenal ke Haziq sehingga awak kata mereka tidak sepadan.  Awak kata Ain dan Haziq jauh beza.  Mana awak tahu."

"Hahhhhh...Hahhhhh..saya.....saya sebenarnya. ."  Kata Mak SU SYidah teragak-agak.  Memang dia ada cakap begitu kepada AIn Safiah tetapi bukan pada Amar Haziq."



"Awak kenal ke Haziq?"  Soal Pak SU Zul.

"Tak.....  Tak kenal."  Jawab Mak Su Syidah teragak-agak.



"Habis tu kenapa awak kata mereka tidak sesuai.  Apa hak awak memisahkan mereka berdua.  Sebab kata-kata awak ni yang buat AIn Safiah tolak Haziq tahu tak?"



"Ye ke?"  Soal Mak SU SYidah.

"Ye ke Konon?" Perli Pak SU Zul.  "Kau dah racun dia cukup-cukup, sekarang buat-buat innocent pulak.   Apa tujuan kau hah?"  Soal Pak SU lagi.



"Saya tak maksud macam tu."

"Apa yang awak tak maksud.  Anak Saudara awak dan anak saudara saya saling mencintai.  Sebab awak mereka tidaka jadi bersatu.  Awak sengaja buat mcam tu sebab apa.  Seronok tengok orang merana.  Hendak semua orang jadi macam awak?"  Herdik Pak SU. Zul.



"Maksud awak?"  Soal mak Su Syidah.



"Awak jealous tengok Ain ada orang hendak kat dia.  Awak hendak semua orang jadi anak dara lanjut usia macam awak juga.  Sebab tu awak hasut Ainkan."  Tuduh Pak Su.



'Takkk...  Tak  bukan macam tu maksud saya.  Saya mengaku saya sudah silap tapi bukan begitu maksud saya."  Mak Su Syidah cuba terangkan.



"Apa pun alasan awak, saya tidak perduli.  Pada saya ini semua ini salah awak.  Awak memang suka tengok orang sedih macam awak juga.  A sad and pathetic woman!"  Kata Pak SU Zul lagi.  @Saya tidak faham apa yang awak tidak suka sangat dengan Haziq, padahal awak tidak kenal pun dengan Haziq.  Kenapa awak jealous with their love.  Orang macam kita ni, our time is all this is over.  But for them,  biarlah dia orang bahagia.  Sekarang ini awak suka tengok Ain Safiah sedih.  Haziq sedih.  Itu yang buat awak suka ye?"



"Memang saya salah...tapi tolomg dengar dulu.  Semua ini salah faham.  Saya juga hendak tengok Ain gembira."



"You sure have a funny way of showing it."  Kata Pak SU Zul lagi.  Bila sudah angin begini, Pak Su Zul terlupa diri dan bercakap dalam bahasa Inggeris. 



"Sebenarnya. ..saya ingat...ada silap faham sikit.  Saya ingat awak yang hendak lamar Ain Safiah.  Itu sebab saya kata tidak padan." terang Mak SU Syidah.



"Hah!   Awak ingat saya hendak kawin dengan Ain.  ...Ohhhhh..."Kata Pak SU Zul. Kemudian dia terfikir balik.  "So kalau saya hendak kawin dengan Ain Safiah kenapa pulak tidak padan?  Siapa awak yang hendak tentukan siapa padan dan siapa tidak padan.  Yang penting dua orang itu saling menyintai dan faham akan hati masing-masing.  Manusia semua sama.  Awak sahaja yang beza-bezakan mereka, kelas-kelas semua orang ikut taraf dan harta benda.  Jadi pada pendapat awak, orang macam saya tidak layak ke kawin dengan anak Tan Sri macam AIn Safiah.    Kalau iye saya hendakkan AIn, ade aku kisdah apa pendapat awak!  Tukas Pak SU Zul. " 



"Bukan apa,   saya bukan maksud begitu.   Saya kata tak sesuai sebab  awak dan dia jauh perbezaan umur."



"Itu bukan masalah awak.  Kalau dua hati sudah suka.  Bukan awak yang ada hak untyuk kata mereka sesuai atau tidak."



"Sorry... Saya tidak berniat begitu.  Saya hanya fikirkan yang terbaik untuk Ain.  Niat saya baik."



"Baik!  Sekarang ini AIn bahagia ke ?  Tengoklah sendiri.  Dia akan kawin dengan orang yang dia tidak cinta.  Itu yang terbaik untuk dia ke?"



"Dia akan kawin dengan orang yang dia tak cinta?  Maksud awak Syafiq?  Eh...tapi....."  Kata Mak SU Syidah.   Belum sempat menyambung kata-katanya. Pak Su Syidah mencelah.  



"Itu semua perbuatan awak.  Saya tak perduli sama ada awak silap atau tidak,  awak lebih baik betulkan apa yang awak katakan."  Kata Pak SU Zul.  Kemudian dia terus jalan dan meninggalkan Mak Su Syidah terkulat-kulat di hadapan rumahnya.  Jarang sekali Mak Su Syidah dalam keadaana begitu, terkedu tidak terkata apa-apa sebab kena marah oleh seorang lelaki.  Selalunya dia yang marah orang.  Geramnya mak Su Syidah dengan lelaki itu.  Elok juga Ain Safiah tidak jadi kawin dengana anak saudara lelaki itu.  Kalau tidak selalunya dia akan jumpa dengan lelaki itu lagi.  Ingat dia bagus sangat.  Baru boleg cakap orang putih dua tiga patah perkataan, berlagak konon.  "Tak heran lah aku!" .  Sungut Mak SU syidah.  Dia kemudiannya masuk ke dalam rumah, nasib baik tidak ada orang nampak perbalahan mereka tadi.

3 comments:

RabaahJunaidi said...

cik alina .... ada sambungan ke citer ni ataupun dah dibukukan.
saya suka sngt nak baca bab2x yg lain.
kalau di private boleh tak invite saya.

juridah said...

Tqvm writer...bestnyaaaaa. buat la sambungan liku2 kehidupan ain dgn amar haziq tu selepas berkahwin....mesti seronok.....sweettttt sangat

Unknown said...

Kann sayaaàaa nkk adaa sambungan hmmm

Post a Comment

 

Siri Novel Menantu Datin Izzah | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL